Sweetness
THE SWEETNESS
Welcome. It's pink and black. So ? Haha. This are the your path . ENJOY it!!; Dashboard | +Follow
NASIHAT SYEIKH ALI-TANTAWI
Assalamualaikum w.b.t.. hye!

okay! so hai!  hari nie aku ada something nak di share :) nasihat nie aku rasa lebih sesuai untuk kaum hawa diluar sana..hohoho. Nasihat nie untuk ingatkan diri aku juga.. biasalah, manusia tidak sempurna kn ? setiap manusia buat kesalahan , ada kelebihan masing2 dan ada jugak kelemahan dia kn ?  sama laa macam aku juga :)


{NASIHAT SYEIKH ALI TANTAWI}

Wahai puteriku,pintu pemulihan ada dihadapanmu.Kunci pintu itu ada di tanganmu. Jika engkau yakin padanya dan engkau berusaha untuk memasuki pintu itu, maka keadaan akan berubah menjadi baik...
  
Engkau benar wahai puteriku, bahawa lelakilah yang mula-mula melangkah menempuh jalan dosa tapi bukanlah wanita. Tapi ingat, tanpa kerelaan dan kelunakan sikapmu, mereka tidak akan berkeras untuk melangkah laju. Engkaulah yang membuka pintu kepadanya untuk masuk.
 
Seandainya engkau tahu bahawa lelaki itu serigala dan engkau adalah kambing, pasi engkau akan lari seperti larinya kambing dari ancaman cengkaman serigala.

Sekiranya engkau sedar bahawa lelaki itu adalah pencuri, pasti engkau akan berhati-hati dan sentiasa menjaga diri dari dicuri(sesuatu yang berharga darimu)

Lelaki menghendaki yang paling berharga darimu, iaitu harga diri dan kehormatan mu. Nasib seorang gadis yang diragut kehormatannya lebih menyedihkan daripada nasib seekor kambing yang dimakan serigala.

Wahai puteriku, Demi Allah! Apa yang dikhayalkan oleh pemuda ketika dia melihat gadis ialah gadis itu bertelanjang dihadapannya tanpa sebarang pakaian.

Demi Allah! Jangan percaya terhadap kata-kata sebahagian lelaki, bahawa mereka memandangmu kerana akhlak dan adab,. Berbicara denganmu seperti sahabat dan apabila mencintaimu hanyalah teman akrab. Bohong! Bohong! DEmi Allah mereka Bohong! Seandainya engkau mendengar perbualan antara mereka, pasti engkau berasa takut dan ngeri.

Wahai puteriku, lelaki yang baik dan soleh akan datang kepadamu dengan segala kerendahan hati, memohon kemaafan, menawar kepadamu hubungan yang halal dan terhormat. Dia akan datang kepadamu dengan meminangmu dan mengahwinimu. ;)

                                                  

hmm.. dah paham nasihat dekat atas tu?? paham kan? 
nasihat ni aku dapat dari kawan aku. Hani nama dia..
lepas aku baca nasihat nie, terus takut~
huhuhu ~.~
jadi kesimpulannya bagi yang perempuan jagalah maruah diri..
tutup aurat,
jaga diri elok2,
dan yang sepatutnya laa..
 aku bukan laa nak tunjuk baik , aku cuma nak nasihatkn semua dan diri aku juga..
aku pon masih cuba untuk berubah sikit demi seikit..
Tak perlu nak terus berubah .Buat sikit-sikit dulu.. itu lebih baik.. 
tapi dikala kita sedang nak berubah pasti ada jer dugaan yang datang , 
time tu kta kena kuat, tabah, sebab time tu laa orang dok sibuk-sibuk nak kata pasal kita..
bajet alim laa..
kerek laa..
hipokritlaa..
itulaa, ini laa.. macam2..
jd, kena kuat! okay?? FIGHTING!! XD

couple?? tak perlulaa mende2 tu semua.. sebab apa? sebab bg yang masih belajar, belajar laa dulu.. kecil lagi kan.. couple nie boley bawa kita pada maksiat tw.. cegahlah ia , kay.. tak perlu couple2 sebab jodoh itu di tangan Tuhan.. belum tentu pasangan korang tu akan jadi suami korang nnt.. betol tak?? tup tup masing-masing kawin dengan orang lain.. :)
kalau satu hari nanti tibe2 ada orang mintak couple dengan die , tolaklah mentah2..
 #jaga maruah..

hmm..
Tapi aku yakin dengan satu benda dekat budak-budak perempuan  yang tengah sekolah ni.. ^-^ sebab aku pon budak sekolah juga sekarang nie.. kalau dekat sekolah biasanya mesti ada mamat hensem gitu kan?dan semestinya perempuan minat dengan laki2 hensem nie.. biasalah peempuan.. tergile-gile kan orang yang hensem, stylo, hot, macho gituw, katang, comel2 gitu kan..? macam aku jugak..aku pon ada !!! hahaha~  Minat tak per, tapi jangan over sangat..

Kawan aku ada pesan kalau suka dekat seseorang simpan dalam hati dan doa pada Allah yang kita suka dia kerana Allah.. sebab apa?? bila kita simpan jer dalam hati tanpa bagitau orang lain yang kita suka die , nanti Insya-Allah kita akan mati dalam keadaan syahid(syahid kecil).. lagi satu kenapa kita kena doa yang kita suka dia kerana Allah?? sebab.. mungkin orang yang korang suka tu baik, hensem , rajin pergi masjid, pandai dan sebagainya.. Dekat sini dah pasti korang akan kagum dan ingin  ikut jejak dia jugak dan aku yakin yag korang akan rasa nak berubah. Dan ini bermaksud korang telah menjadikan lelaki tu sebagai satu benda yang dorong korang untuk lebih mendekatkan diri korang dengan yang Maha Esa.. :)

"JANGAN SIMPAN SESEORANG DALAM HATI,
HATI ITU BERBOLAK BALIK SIFATNYA,
SIMPANLAH SESEORANG DALAM DOA
KERANA DOA TERCATAT DILANGIT SELAMANYA."
-ustaz haron din-

ini pesana ustaz haron din.. dan selepas aku baca benda nie, kak.bella a.k.a akak dorm aku pernah cakap satu lagi pesanan bila kita suka seseorang..

"JANGAN SEDIH BILA KITA TAK DAPAT ORANG YANG KITA SELALU DOAKAN 
KERANA MUNGKIN SUATU HARI NANTI KITA AKAN DAPAT ORANG YANG SENTIASA MENOAKAN KITA"
 -kak bella-

so rasanya setakat ni je laa yang dapat aku kongsikan.. urm..  kalau ada tersalah cakap dekat atas tu.. mintak maaf sangat2.. sebab aku hanya manusia biasa yang selalu buat kesalahan...






Posted at 08:16 | 0 comments

say HYE!
Facebook
Assalamualaikum to all muslim and Hai to non-muslim! welcome to my blog! Hope that you alls enjoy with my blog~ sorry if x best..hohoho..and one important things, please dont judge me, if you don't know me well:) HAVE FUN!

Scream here
Every day is a new beginning , take a deep breeth and START AGAIN :)

Navigation

About Memories Entries


Credits
Penat-lelah by : Speaking Bunny
Basecode by : Alia L.Joe's
Background : Encik Google

- END -